Saturday, February 19, 2011

Bersuci

Kali ini kita akan berbicara mengenai bersuci,

"Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (hukum) haid. Katakanlah: "Darah haid itu satu benda yang (menjijikkan dan) mendatangkan mudarat". Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari perempuan (jangan bersetubuh dengan isteri kamu) dalam masa datang darah haid itu, dan janganlah kamu hampiri mereka (untuk bersetubuh) sebelum mereka suci. Kemudian apabila mereka sudah bersuci maka datangilah mereka menurut jalan yang diperintahkan oleh Allah kepada kamu. SesungguhNya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri." (Surah Al-Baqarah ayat 222)

Pengertian bersuci:

Pada Bahasa: Membersihkan diri atau sesuatu daripada sebarang kekotoran. Sama ada benda itu najis ataupun tidak. Benda-benda najis seperti darah, bangkai, tahi dan sebagainya. Benda-benda yang kotor tetapi tidak najis seperti air ludah, hingus dan lain-lain.

Erti pada Syarak: Menghilangkan halangan beribadat kerana ada hadas atau najis atau menghilangkan halangan memakan sesuatu benda disebabkan terkena najis. Iman Al-Ghazali menegaskan dalam kitab Ihya Ulumuddin bersuci itu terbahagi kepada empat tingkat iaitu: 1. Mensucikan anggota-anggota lahir daripada hadas-hadas, anasir-anasir jahat dan kelebihan-kelebihan yang tidak perlu.

2. Mensucikan anggota-anggota badan dari perbuatan-perbuatan salah dan dosa.

3. Mensuci kan hati dari akhlak yang terkeji dan kelakuan-kelakuan yang dibenci dan terkutuk.

4. Mensucikan kebatinan dari semua perkara selain daripada Allah Subhanahu wa Ta'ala, dan ini adalah cara bersuci para Nabi salawatullahi-alaihim dan juga pada Siddiqin.

Taharah zahir dan batin.

Taharah yang bersifat batin ialah mensucikan jiwa daripada kekotoran dosa dan maksiat. Caranya ialah dengan bertaubat dengan sebenar-benarnya taubat. Dengan membersihkan hati daripada kotoran syirik, ragu-ragu, hasad, dengki, menipu dan dosa besar, juga daripada ujub, riya. Perkara ini dilakukan dengan ikhlas, yakin, mencintai kebaikan, bersabar, jujur dan rendah diri. Serta sentiasa mengharapkan memperoleh keredaan Allah dengan niat dan amalan soleh.Taharah yang bersifat lahiriah pula ialah dengan membersihkan kotoran dan hadas . membersihkan kotoran dengan cara menghilangkan najis dengan air yang suci lagi menyucikan dari badan, tempat, dan pakaian untuk mengerjakan solat.

Wednesday, November 10, 2010

Tentang Knowledge Shack

Knowledge Shack merupakan sebuah institusi yang ditubuhkan dengan objektif untuk memberi pengetahuan kepada semua orang tidak kira umur, bangsa dan agama. Ini bukan sahaja dapat memberi kebaikkan generasi pada masa ini, malah generasi muda pada masa akan datang pasti akan mendapat kebaikan yang sama.
.
Tuisyen, kelas agama, kelas bahasa dan pusat bacaan merupakan sasaran jangka pendek Knowledge Shack. Dengan mengadakan kelas tuisyen kepada masyarakat setempat terutamanya, sekurang-kurangnya dapat membantu pelajar-pelajar yang lemah dalam sesuatu matapelajaraan ataupun pelajar yang ingin mengukuhkan pengetahuan dalam sesuatu matapelajaraan. Mengikut perancangan awal, kelas tuisyen akan diadakan pada waktu malam, iaitu dari jam 8.00 hinggalah 10.oo malam.
.
Pada hujung minggu; sabtu dan ahad kebanyakan penduduk sekitar yang kebanyakannya bekerja dari isnin hingga jumaat, dari jam 8.oo pagi hinggalah jam 6.oo petang, waktu hujung minggu bolehlah dimanfaatkan untuk menuntut ilmu. Walaupun mungkin ilmu yang disampaikan merupakan ilmu yang mungkin sudah diketahui, namun ilmu tersebut belum lagi diamalkan, atau mungkin pernah diamalkan, tapi mungkin belum secara istiqamah. Jadi, waktu inilah kita boleh bersama-sama menghidupkan kembali pengetahuan yang pernah kita miliki.
.
Menguasai kebolehan untuk berbahasa selain bahasa ibunda merupakan kelebihan kepada kita untuk berkomunikasi dengan bangsa lain dengan efektif. Selain boleh menambahkan kawan, ianya juga dapat menambahkan jaringan perniagaan dengan berkongsi cerita perniagaan masing-masing. Antara kelas bahasa yang didalam perancangan untuk dajalankan adalah Kelas Bahasa Mandrin dan Kelas Bahasa Jepun. Dengan yuran yang minimum, dan dibimbing oleh guru yang berpengalaman, susana pembelajaraan pastinya menjadi lebih kondusif.
.
Segala pertanyaan mengenai perancangan yang kami telah drafkan, bolehlah menghubungi kami di +6012 743 7167 | +6012 743 7779 | +607 256 2670

test

123